Bahanbahan. 1 ekor ayam pencen. 3 cawan santan pekat. 1 cawan cili kisar. 1/2 cawan kerisik. 2 helai daun kunyit-dicarik2 kasar. 2 helai daun kunyit-hiris halus. garam kasar, garam halus, gula, minyak dan sedikit asam jawa. Bahan2 dikisar halus.
KekBuah Kukus Yang Sedap. Resepi Nasi Ayam Nani Rostam yang dikatakan sangat sedap dan mendapat pujian sesiapa sahaja yang Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen Resepi Ibu 23597 views 1602 Nasi Ayam Power Dahlias. Resepi Kek Lumut Nestum - Resepi Azie Kitchen. 500 gram mixed fruit 6 biji telur gred A - guna 7 gred sederhana.
4 Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil. 5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa. 6. Hidangkan dan sedia dinikmati.
Hariini saya nak kongsi resepi pau yang gebu dan lembut! Mudah je nak buat pau gebu gebas ini, confirm puas hati. Kukus panas-panas untuk makan pagi mahupun tengah hari pun sedap! Nak buat frozen pun senang. Anda boleh letakkan inti ikut selera anda, contohnya kaya, kacang merah, rendang daging, ayam bbq dan lain-lain lagi.
SotoAyam Azie Kitchen Asian Cooking Cooking Recipes Asian Recipes Medan selera ini menempatkan beberapa unit lot gerai yang menjual menu makanan yang sedap pada harga yang lebih mesra poket rakyat Malaysia.
Rendangayam paling sedap rendang ayam tahan lama resepi resepi rendang ayam simple tapi sedap resepi rendang ayam yang mudah dan sedap. Resepi rendang ayam homefamilysite. Bahanbahan ayam 1 1/2 kg potong kecil garam. Mee hoon goreng sedap oleh azie kitchen bahan bahan 1 bungkus bihun direndam hingga lembut & tos 1 biji bawang besar dihiris
. 7/01/2018 Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Banyak undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka semalam dan hari ini tidak dapat saya hadiri kerana saya demam dan selsema yang agak teruk. Selepas majlis rumah terbuka Bank tempat saya bekerja hari Jumaat lalu, saya telah merasa tidak sedap badan bila saya mula bersin dan hidung mula berair. Balik rumah cepat cepat mengambil panadol dan ubat sakit tekak. Tapi nampak tidak dapat mencegah saya dari terus demam. Ingat hari ini hendak ke majlis rumah terbuka Datin Rafidah, tapi badan rasa ringan melayang sahaja. Jadi sebelum apa apa yang tidak diingini, saya memutuskan untuk tidak ke mana mana. Jadi mahu tidak mahu saya terpaksa ke dapur memasak yang ringkas ringkas untuk makan tengahari saya, suami, Juita dan Aween. Resepi saya hari ini adalah Rendang Cili Padi yang dimakan dengan lemang periuk kera dan juga nasi impit. Ya lah masih dalam suasana raya kan... Telah bertahun saya meminta resepi rendang ayam cili padi dari Ali, rakan sekerja. Ianya selepas saya makan rendang ayam yang dimasak oleh isteri beliau di satu majlis makan makan di pejabat bebeerapa tahun lepas. Tapi saya gagal mendapatkannya sehingga majlis rumah terbuka Bank hari Jumaat di mana isterinya hadir bersama. Apalagi, saya terus bertanya resepi dari tuan punya diri. Kebetulan saya memang telah lama bercadang untuk memasak rendang ayam cili padi dan bersembang sembang dengan Maznah, rakan sekerja. Dia cakap reka sendiri lah kak zie bila saya beritahu yang saya telah lama mencari resepi rendang cili padi. Jadi sambil bersembang, saya menulis resepi untuk rendang ayam cili padi. Terdapat banyak versi ada yang ditumis, ada yang dimasukkan rempah jintan dsb. Jadi bila isteri Ali sudi berkongsi resepi, lebih mudah saya bertanya bahan yang digunakan. Cuma perlu compare sahaja bahan yang diberi dengan resepi yang telah saya tulis. Jom layan resepi yang telah saya tulis di bawah ini. Juga jangan lupa video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 1 sudu besar serbuk kunyit - untuk cantikkan warna 1 helai daun kunyit - dihiris 1/2 kg santan pekat 1 sudu kecil cili kering kisar - opsyenal 1 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 15 tangkai cili padi hijau dan merah - boleh tambah jika suka pedas Bahan bahan kisar dikisar dengan santan tapi jangan terlalu hancur supaya rendang akan lebih berserdak. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali dan nyalakan api kecil seketika agak agak air ayam kering. Setelah air ayam kering, masukkan santan dan daun limau purut. Saya juga letak sedikit cili kering kisar sekadar hanya untuk mencantikkan warna. Selalu dikacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Jangan kacau ayam, untuk mengelakkan ayam hancur. Setelah terbit minyak dan hampir kering, masukkan kerisik, garam dan gula. Masak sehingga kering yang disukai denga api yang kecil. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Tutup api. Jika suka, boleh juga ditumis terlebih dahulu bahan kisar sebelum dimasukkan ayam dan santan. Jika mahu rendang yang kering, biarkan lama lama atas dapur dengan api yang kecil, kacau di bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat. Cara mengacau juga penting. Resepi ini tidak menggunakan asam keping, tapi jika suka boleh letak 1 keping asam keping.
4/04/2022 Selamat berpuasa pada semua follower. Ramadhan Kareem. Semalam hari pertama berpuasa saya tidak solat terawih di surau kerana saya masih keletihan dan jet lag. Saya bangun pagi dan melakukan solat terawih sendirian sebelum turun untuk sahur. Mungkin selepas 2 minggu lasak berjalan sana sini, menjadikan saya sangat letih. Dalam penerbangan pun rasa sakit badan dan tak rehat seperti mana penerbangan ke London. Insya Allah hari kedua berpuasa, saya akan cuba menunaikan solat terawih di masjid. Lagi pulak ujian RTK professional yang perlu dilakukan dalam masa 24 jam selepas ketibaan adalah negatif. Jangan pulak kehadiran kita boleh memudaratkan orang lain. Walaupun 48 jam sebelum penerbangan balik, kami telah dikenakan untuk melakukan ujian RTK professional di London. Maklumkan sekarang di London telah adanya variant baru selepas Omicron. Kos untuk test covid yang disyaratkan untuk kemasukan ke Malaysia agak tinggi juga untuk kami berlima, rasanya hampir satu ribu ringgit juga. Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan untuk berkongsi video Rendang Ayam Hijau di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI dan untuk saya kongsikan resipi di blog kesayangan saya ini. Harap selepas membaca, anda sudilah untuk klik iklan yang keluar di blog bagi memberikan sedikit pendapatan buat blogger sepenuh masa seperti saya. Walaupun tidak banyak, cukup untuk memberi motivasi untuk terus update resipi di blog yang kian sendu ini. Maklumlah orang ramai sekarang telah beralih ke Instagram, TikTok dan macam macam lagi platform media social. Tapi saya yakin masih ada follower yang membaca blog layan resipi di bawah ini. Rendang Ayam Hijau Sedap Oleh Azie KitchenBahan A kisar10 biji cili besar hijau10 biji cili api hijau2 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas2 batang serai1 sudu kecil serbuk kunyit Bahan B1 ekor ayam500ml santan segar 2 keping asam keping2 sudu besar kerisik2 helai daun limau purut1 helai daun kunyit - hiris1 KUIB PATI AYAM KNORR 1 cawan minyak masak Cara caraPanaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit ayam. Kacau rata sehingga santan, asam keping dan daun limau purut. Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak dan kering yang disukai. Boleh tutup api.
Sebelum masuk bab resepi, hari ini saya sangat terkejut apabila mendapat mesej dari anak anak tentang ikan koi Jepun yang dibela sejak kecil lagi telah diserang oleh makhluk apa pun tak pasti. 9 ekor kesemuanya. Ada yang hilang sebahagian kepala, ada yang hilang ekor dsb. Walaupun berulang kali saya mengucap kalimah Istirja' Inna lillahi wa inna ilaihiroji'un namun saya tidak dapat menahan sebak apabila setiba di rumah. Saya menangis kesedihan. Serasa sangat trajis kematian ikan ikan kesayangan saya itu. Mudah mudahan saya diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini. Gantikan lah dengan yang lagi baik, Ya Allah. Ameen. Ini adalah resepi Rendang Ayam yang saya sediakan sebaik balik dari pejabat hari Jumaat yang lalu. Setelah berhari hari tak menjamah nasi, teringinlah pula untuk meratah ayam dengan sedikit nasi. Namun segalanya tak seperti yang diinginkan bila badan badan tiba tiba merasa seram sejuk dan berpeluh seperti hendak pengsan. Agaknya terlalu lama saya berdiri menyiapkan bahan bahan dan saya pulak agak keletihan. Jadi masa makan pun, saya gagahkan sebab mahu makan bersama suami dan anak anak. Memang sungguh tak berselera bila badan tak sihat. Resepi di bawah adalah untuk 2 ekor ayam walaupun saya memasak hanya untuk seekor ayam sahaja. Senang untuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya nanti. Lol puasa pun belum, dah bercerita pasal raya. Seperti biasa, bulan Ramadhan adalah bulan di mana saya menggantung periuk belanga. Saya akan kurangkan sama sekali kegiatan di dapur dan menggunakan masa yang ada untuk perkara lain. Bukanlah maknanya tidak memasak langsung, tapi akan dikurangkan. Jom kita tengok resepi yang saya pelajari dari sahabat saya, Puan Rohaya aka Roy yang merupakan resepi keluarga beliau sejak dulu dan biasa dimasak untuk hidangan di hari raya. Kata Roy lagi, dia biasanya memasak sehingga 5 ekor ayam dan pada hari raya pertama sudah licin semuanya. Rendang Ayam Bahan bahan 2 ekor ayam 1 kg bawang merah - hiris 3 labu bawang putih - hiris 4 inci halia - hiris 4 inci lengkuas - tumbuk 2 inci kunyit hidup - tumbuk 4 batang serai - titik 4 senduk cili kisar - ikut suka pedas Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 4 kg santan 2 keping asam keping - ikut rasa Garam Gula Daun kunyit - opsyenal Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap Cara cara Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api. Nota Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.
Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah salah satu resepi yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Rendang ayam yang dimasak dengan menggunakan resepi ini mempunyai cita rasa yang sedap dan lazat. Rendang ayam adalah salah satu hidangan tradisional Malaysia yang biasanya dimasak semasa majlis-majlis kenduri atau dihidangkan semasa hari raya. Dalam artikel ini, kami akan memberikan panduan yang mudah dan ringkas untuk memasak rendang ayam menggunakan Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen. Kami akan berkongsi bahan-bahan yang diperlukan, langkah-langkah memasak dan tips-tips yang berguna untuk memastikan rendang ayam yang anda masak sedap dan lazat. Bahan-BahanCara MemasakPersediaan bahan-bahanTumis bahan rempahMasukkan ayam dan santanMasukkan bahan-bahan lainMasak sehingga rendang ayam empukTips-Tips Memasak Resepi Rendang Ayam Azie KitchenFAQsApa yang membuatkan Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen begitu popular?Adakah resepi ini sesuai untuk pemula?Berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak resepi ini?Conclusion Bahan-Bahan 1 ekor ayam, dipotong kecil-kecil 1 liter santan 1 biji bawang besar, dicincang 6 ulas bawang putih, dicincang 2 batang serai, diketuk 4 helai daun kunyit 3 helai daun pandan 1 blok gula Melaka, diketuk Garam secukup rasa Cara Memasak Persediaan bahan-bahan Potong ayam kecil-kecil Cincang bawang besar dan bawang putih Ketuk gula Melaka Ketuk serai Cuci bersih daun kunyit dan pandan Ukur santan Tumis bahan rempah Panaskan sedikit minyak dalam kuali Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau Masukkan serai dan bahan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau dan keluar minyak Masukkan ayam dan santan Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam kuali Gaulkan ayam dengan bahan rempah Masukkan santan secara perlahan-lahan sambil dikacau sehingga seluruh ayam ditutupi dengan santan Masukkan bahan-bahan lain Masukkan daun kunyit dan daun pandan Masukkan gula Melaka dan garam secukup rasa Kacau perlahan-lahan dan biarkan rendang ayam didihkan sehingga ayam empuk dan kuah rendang pekat Masak sehingga rendang ayam empuk Biarkan rendang ayam didihkan dengan api kecil sehingga ayam empuk dan kuah rendang pekat Kacau perlahan-lahan sekiranya diperlukan Sedia untuk dihidangkan Tips-Tips Memasak Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen Pilih bahan-bahan yang berkualiti Pastikan bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini berkualiti dan segar. Pilih ayam yang masih segar dan santan yang pekat. Jangan terlalu banyak mengadun santan Jangan terlalu banyak mengadun santan ketika memasak rendang ayam. Gunakan santan yang pekat dan masukkan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan santan pecah. Masukkan gula melaka dan garam pada waktu yang betul Masukkan gula Melaka dan garam pada waktu yang betul untuk mencapai rasa yang sedap. Masukkan gula Melaka selepas ayam empuk dan kacau sehingga gula Melaka larut sepenuhnya. Masukkan garam sedikit demi sedikit sambil mencuba rasa. Baca juga Resepi Nasi Briyani Ayam Azie Kitchen FAQs Apa yang membuatkan Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen begitu popular? Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen mempunyai rasa yang sedap dan lazat serta mudah untuk dipelajari oleh pemula. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini juga mudah ditemui di pasaran tempatan. Adakah resepi ini sesuai untuk pemula? Ya, Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah resepi yang sesuai untuk pemula yang ingin memasak rendang ayam yang sedap dan lazat. Langkah-langkah memasak yang mudah dan bahan-bahan yang mudah ditemui membuatkan resepi ini Adakah resepi ini sesuai untuk dihidangkan dalam majlis makan malam? Ya, Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah hidangan yang sesuai untuk dihidangkan dalam majlis makan malam. Rendang ayam merupakan hidangan yang popular dalam budaya Melayu dan lazat untuk dinikmati bersama-sama dengan nasi putih dan ulam-ulaman. Berapa lama masa yang diperlukan untuk memasak resepi ini? Masa yang diperlukan untuk memasak Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen bergantung pada jumlah bahan yang digunakan dan suhu api. Biasanya, memasak rendang ayam memakan masa antara 2 hingga 3 jam untuk mencapai konsistensi yang diingini. Conclusion Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen adalah resepi rendang ayam yang sedap dan lazat untuk dihidangkan pada sebarang majlis. Dengan mengikuti langkah-langkah memasak yang mudah, sesiapa sahaja boleh memasak rendang ayam yang sedap dan enak. Pastikan bahan-bahan yang digunakan berkualiti dan masukkan gula Melaka dan garam pada waktu yang betul untuk mencapai rasa yang sedap. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan nikmati hidangan rendang ayam yang sedap dan lazat bersama-sama dengan keluarga dan sahabat-sahabat anda. Selamat mencuba! Saya seorang pelajar dalam bidang ekonomi yang mempunyai minat dalam menulis serta memasak. Saya sangat menikmati aktiviti-aktiviti ini sebagai cara untuk meluahkan kreativiti saya. Post navigation
Rendang Pedas Perak ini cukup terkenal di negeri Perak. Ya lah nama pun rendang pedas Perak. Kawan baik saya, Puan Mai Zatul Akmar pernah memberitahu yang orang Perak hanya memasak rendang pedas ayam di musim raya. Tidak rendang daging. Kalau daging, mereka akan memasak rendang tok. Itu pun biasanya untuk majlis dan kenduri sahaja kerana penyediaannya yang agak remeh dan memakan masa yang solat sunat Dhuha, saya melayan layan Instagram dan ternampak rendang pedas daging yang disediakan oleh Puan Sri Raja Noora yang memang orang Perak. Kata Raja Noora, rendang ini menggunakan bahan yang banyak dan daun kunyit pula mesti banyak dari rendang lain. Puan Sri dan anakanda beliau, Cho memang tak lokek ilmu kerana ilmu sebegini besar ganjarannya bila kita tiada lagi di dunia ini. Teringat pulak kenangan dulu dulu, menyediakan bahan bahan untuk rendang pedas ayam secara beramai ramai di rumah Bonda Mertua sehari sebelum raya. Mengupas dan menghiris berkilo kilo bahan bahan. Yang paling best bila saat berbuka puasa akhir Ramadhan, menceduk dan memilih bahagian rendang ayam yang disukai terus dari kuali. Makan ketika masih panas panas memang sedap. Berbuka puasa dengan duduk di lantai memang tak akan ada lagi pengalaman seperti ini. Cara arwah Bonda mertua saya menyediakan rendang pedas ialah dengan semua bahan diricik dan dihiris halus. Halus dan tipis tipis. Memang salute sangat dengan kegigihan. Yang dikisar, hanya kunyit hidup dan cili kering. Manakala bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun kunyit semua dihiris nipis. Kata kakak ipar, orang zaman dulu tak ada peti ais tapi rendang mereka tahan lama. Tak mudah basi. Kalau dihiris memang lebih tahan kerana tidak menggunakan kerana teringin nak makan, saya minta Hubby ke kedai runcit untuk beli ayam dan santan. Saya mulai memasak dengan menghiris bahan bahan sebab saya mahukan rendang yang sama seperti yang saya makan dulu. Sebelum ini, saya kisar semua bahan bahan hiris ni sebab mahu cepat. Saya juga keringkan dulu air ayam seketika sebelum dimasukkan bahan bahan hiris. Kemudian bila dah kering, baru masukkan santan. Kiranya saya tambahbaik cara penyediaannya berdasarkan pengalaman menyediakan rendang selama ini. Saya juga ikut cara kakak ipar saya yang memotong ayam kecil sahaja. Jadi lebih mesra dengan bahan bahan dan lebih kerana sangat berbaloi baloi. Sedap tak terkata. Masa berbuka, saya hanya makan rendang dengan nasi impit sahaja. Terasa sangat sedap seolah bertahun tak jumpa rendang. Sebetulnya sejak raya lagi, saya tak makan rendang walaupun saya yang memasaknya sendiri. Selepas memasak, terus rasa kenyang dan hilang selera makan. Pagi raya pun saya makan mee hoon goreng daun limau purut jer. Tak makan rendang hampir seminggu raya, baru terasa nak makan rendang, nak makan lemang, nak makan kuah lodeh, soto ayam. Aduhaai macam macam lah pula. Sukatan yang saya gunakan hari ini sangat sesuai untuk seekor ayam tapi jika suka lebih berserdak, bolehlah tambah lagi bawang bawang, halia dan serai serta santan. Kalau nak makan dengan nasi impit atau lemang, kita nak cicah dengan kuah yang berserdak tu, barulah sedap. Jom layan resipi yang saya gunakan hari ini dan cara penyediaannya. Selamat mencuba....Rendang Pedas Perak Versi Bonda MertuaBahan bahan1 ekor ayam½ kg santan segar pekat + air = 1 liter2 keping asam keping3-4 sudu besar kerisik kelapa goreng1 sudu besar kunyit hidup kisar - 3 inci kunyit hidup2-3 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukaiGaramBahan hiris halus15 biji bawang merah8 ulas bawang putih6 batang serai3 inci halia2 helai daun kunyit Cara caraMasak ayam sehingga air agak kering. Masukkan semua bahan hiris dan cili kering kisar. Kacau rata dan masak sehingga air hampir santan, asam keping dan masak sehingga terbit kelapa goreng, garam dan daun kunyit yang dihiris halus. Masak sehingga kering yang disukai. Boleh keluarkan asam keping, takut terlebih rasa. Sedia untuk suka rendang yang lebih berserdak, tambahkan bahan hiris dan santan segar.
resepi rendang ayam sedap azie kitchen